Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.du] | ادو

Definisi : beradu 1. berlanggar, berlaga, berhan­tuk(an), terhantuk: motokar itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan; mengadu 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, mem­perlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. mem­beri­tahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan per­tolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta ke­adilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib; mengadukan 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen, dll), memberi­tahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak menye­nangkan) utk mendapatkan pertolong­an (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak tertentu utk menyusah­kannya (merugikannya, menganiayainya, dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun; memperadu-adukan memperadudombakan; aduan 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis; peraduan pertandingan: ia telah berjaya men­jadi johan syarahan dlm ~ yg dianjurkan oleh syarikat itu; pengaduan 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dll; pengadu 1. orang yg suka mengadu utk mendapatkan pertolongan (simpati dsb); 2. orang yg mengemukakan aduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.du] | ادو

Definisi : beradu tidur (bkn raja); peraduan tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.du] | ادو

Definisi : ; beradu 1 bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb: Badang telah ~ kekuatan dgn seorang yg gagah bernama Benderang. 2 berlaga; bersabung: ayam ~. mengadu 1 menjadikan binatang (spt ayam) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2 memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3 menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. ~ lidah berbantah; bertengkar. ~ nasib (untung) melakukan sesuatu sbg mencuba-cuba saja. mengadukan mengemukakan sesuatu hal (kpd orang yg berkuasa dll): Mereka telah ~ kesulitan mereka kpd wakil rakyat. Ia ~ kejahatan temannya kpd penghulu kampung. aduan hal atau perkara yg diadukan: Ia hendak menyiasat sama ada ~ itu benar atau tidak. peraduan perbuatan atau hal beradu; pertandingan: Haji Ismail Hashim telah berkali-kali menjadi johan dlm ~ membaca Quran pd peringkat kebangsaan dan antarabangsa. pengaduan perbuatan (hal dsb) mengadu atau mengadukan: ~ tsb dibuat atas desakan teman-temannya. pengadu 1 (orang yg) suka mengadu: Kerana ~ benar, dia dibenci orang. 2 orang yg mengadukan: Setiap langkahnya diketahui polis, tentu ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.du] | ادو

Definisi : ; beradu tidur (digunakan utk raja-raja). peraduan tempat tidur: bilik ~ bilik tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adu