Definisi : mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dll); mengadunkan mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm teknik sastera yg menarik; adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih; pengadunan proses atau perbuatan mengadun atau mengadunkan sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan; pengadun alat utk mengadun: ~ warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; mengadun menggaul sesuatu campuran (spt tepung dgn air, susu, santan) supaya sebati; menguli. adunan tepung dsb yg telah diadun (utk dibuat kuih). pengadunan perbuatan atau hal mengadun. pengadun alat utk mengadun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)