Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ja/] | اجق

Definisi : mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb) atau turut melakukan sesuatu, men­jemput, menyarankan kpd (utk berbuat se­suatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb): Malaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~ isterinya berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya; dia ~ kami makan; 2. membang­kitkan hati (utk melakukan sesuatu), men­cabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk; ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran); pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja/] | اجق

Definisi : Mn sama dgn, seakan-akan, seperti; mengajakkan 1. menyifatkan (memandang) spt; 2. menunjukkan (menggayakan) cara membuat atau melakukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja/] | اجق

Definisi : ; ~-~ ayam pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. mengajak 1 meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. ajakan 1 kata-kata atau perbuatan utk mengajak; undangan. 2 anjuran atau permintaan supaya berbuat sesuatu: ~nya tidak dipedulikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajak

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)