Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu); 2. huruf pertama abjad Jawi; tahun ~ tahun yg pertama drpd daur kecil atau windu; ~ gantung = ~ kecil alif utk pengganti tanda tasydid; ~ saksi alif yg menyaksikan huruf a; tegak spt ~ tegak lurus; berbilang dr esa, mengaji dr ~ prb mengerjakan sesuatu hendaknya dr permulaan (menurut peraturan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alif I

Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(3)