[a.lu] | الو
Definisi : (alat) penumbuk padi dsb, antan; (bagai) guna-guna, ~ sesudah menumbuk dicampakkan prb, Mn dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan); (bagai) dihentak ~ luncung prb, Mn dialahkan oleh orang yg tidak pandai atau yg lemah; bak ~ pencungkil duri prb Mn tidak mungkin dapat dilakukan; orang yg selancaran ~, atap yg berjahit, bendul bertekan prb, Mn perkauman yg dekat me-nurut adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.lu] | الو
Definisi : ; mengalu-alukan 1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk melihat siapa yg memanggil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.lu] | الو
Definisi : kayu dsb sbg alat penumbuk padi; antan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[a.lu] | الو
Definisi : ; mengalu-alukan menyambut ketibaan seseorang: Kami telah pergi ke lapangan terbang utk ~ sahabat kami itu. aluan (yg) digunakan utk mengalu-alukan: kata-kata ~. alu-aluan berkaitan dgn sesuatu utk mengalu-alukan: kata ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)