[a.lun] | الون
Definisi : ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulung-gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~; beralun, beralun-alun 1. berombak memanjang: air laut yg ~; padi di sawah ~-alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara); mengalun, mengalun-alun 1. mengombak memanjang, mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun: suara azan ~ ke udara; mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun (berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli; alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.lun] | الون
Definisi : ombak kecil yg memanjang dan tidak memecah: Perahu yg hanyut itu terkatung-katung di atas ~. beralun 1 terdapat atau ada alunnya. 2 berbentuk spt ombak (bkn rambut): Syampu itu boleh menjadikan rambut berseri dan ~. 3 berirama tinggi rendah dan lembut (bkn suara, lagu dsb): suara yg ~. mengalun 1 mengombak berayun-ayun (ttg air laut dll). 2 turun naik dan lembut (ttg suara, bunyi): Suara azan ~ di udara memecahkan kesunyian pagi. mengalunkan menjadikan (suara, lagu dsb) mengalun: Penyanyi itu ~ suaranya yg merdu. alunan 1 gerakan yg spt alun; gerakan yg mengalun: ~ ombak. 2 rentak atau irama yg tinggi rendah dan lembut: ~ suara penyanyi itu mempesona para penonton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)