[ang.ka.ra] | اڠکارا
Definisi : 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3. = ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (terhadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ang.ka.ra] | اڠکارا
Definisi : 1 perbuatan yg tidak menunjukkan belas kasihan; kekejaman; kezaliman: Sebelum menganut agama Islam, Abu Sufian pernah melakukan ~ terhadap umat Islam. 2 perbuatan kurang ajar (terhadap anak isteri orang dll); perbuatan yg durjana: hina ~ sangat rendah dan biadab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)