[a.no.ta.si] | انوتاسي
Definisi : nota yg ditambahkan pd teks (biasanya penulisan sastera) sbg penerangan; beranotasi mempunyai anotasi: beberapa teks yg ~; bibliografi ~; menganotasi membuat catatan tambahan kpd buku (teks, manuskrip dsb) utk memberikan penjelasan atau keterangan lanjut; penganotasian perihal (perbuatan atau proses) menganotasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.no.ta.si] | انوتاسي
Definisi : nota atau catatan (sbg penerangan, komen dsb) yg ditambahkan pd teks penulisan sastera atau bahan bertulis yg lain. beranotasi mempunyai atau ada anotasi: teks yg ~. menganotasi membuat anotasi pd teks: Teks yg dibacanya itu dianotasi supaya lebih mudah difahami. penganotasian perihal atau perbuatan menganotasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)