Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.dit] | اءوديت

Definisi : (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun); ~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk mem­buktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapat­kan pandangan tentang penyata kewangan se­sebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilaku­kan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh per­akaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg di­lakukan pd sesebuah organisasi spt yg diper­untuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman peme­rik­saan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendali­kan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg ter­tumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb; mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disedia­kan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.dit] | اءوديت

Definisi : pemeriksaan dan pengesahan sesuatu akaun (oleh akauntan). mengaudit memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. pengauditan perbuatan atau hal mengaudit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata audit