[Öa.zam]/[a.zam] | عزم
Definisi : kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[Öa.zam]/[a.zam] | عزم
Definisi : teramat mulia; isimal ~ nama yg teramat mulia (nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[Öa.zam]/[a.zam] | عزم
Definisi : tujuan yg hendak dicapai; apa-apa yg dimaksudkan. berazam bercita-cita; bertujuan: Ia ~ hendak melanjutkan pelajarannya lagi. mengazamkan berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)