[ba.bas] | بابس
Definisi : ; membabaskan membawa, menghanyutkan, menyeret: keinginan utk bebas kadang-kadang dapat ~ orang kpd keliaran;terbabas 1. tidak sengaja menyimpang drpd jalan atau matlamat yg dituju (kerana tidak dapat mengawal kereta, perahu, dsb yg dipandu): perahu itu ~ terlalu jauh ke barat; keretanya ~ ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik; 2. salah arah, menyimpang drpd atau tidak mengenai matlamat: jangan lupa tikamanmu itu biarlah membunuh jangan ~; 3. ki menyimpang drpd kebiasaan (tujuan asal dsb): dia perlu dibimbing supaya tidak ~ ke lembah kejahatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.bas] | بابس
Definisi : ; terbabas menyimpang dr arah yg dituju; terlencong: Keretanya telah ~ ke atas rumput kerana jalan terlalu licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)