[ba.car] | باچر
Definisi : 1. lancar (bercakap, biasanya dlm erti yg kurang baik), lancap; ~ mulut lancang berkata-kata (biadab) tanpa memikirkan akibatnya kpd orang yg mendengar, kesat bahasa; 2. peramah: isterinya itu ~ orangnya; kebacaran perihal bacar, kelancapan: dia dibenci kerana ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.car] | باچر
Definisi : lancar dan banyak (ttg percakapan). ~ mulut banyak bercakap (dlm erti yg kurang baik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)