Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yar] | باير

Definisi : ; ~ waktu terima bayaran dibuat secara tunai sewaktu barangan diserahkan kpd pembeli;berbayar dijelaskan, dilunaskan: hutangnya di kedai itu belum ~ lagi;membayar 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang;membayarkan 1. memberikan (wang dll) utk membayar: dgn apa engkau ~ harta orang yg telah rosak itu?; ~ nyawa mengorbankan nyawa; 2. membayar utk: kami terpaksa ~ dia bil elektriknya itu;terbayar 1. mampu (berupaya) membayar; 2. dibayar: kegigihan dan usahanya selama ini sudah ~ dgn berbagai-bagai anugerah yg diterima; bayaran 1. (wang) yg dibayar: mereka dikenakan ~ RM5.00 seorang; 2. (orang) yg dibayar: serdadu ~; 3. gaji, upah, biaya: pd akhir bulan kami menerima ~;pembayaran perihal (tindakan dsb) membayar, penjelasan (harga barang dll), pelunasan (hutang): ~ harus dilakukan pd akhir bulan;pembayar 1. orang yg membayar: pemerintahlah ~ segala wang belanja selama aku belajar; ~ cukai; 2. wang (harta dll) yg digunakan utk membayar: wang ~ hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yar] | باير

Definisi : ; berbayar dpt dijelaskan (ttg hutang, harga barang-barang yg dibeli dsb); Hutangnya belum ~. membayar 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. membayarkan 1 memberikan wang dsb utk membayar: Dia telah ~ semua wang simpanannya utk membeli sebidang tanah. 2 membayar utk orang lain: Dia ~ adiknya harga gula-gula itu. bayaran 1 wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: Mereka yg menonton pertunjukan itu tidak dikenakan ~. 2 wang dsb yg diterima kerana melakukan sesuatu; upah: Sbg pakar runding, dia menerima ~ RM10,000/- sebulan. pembayaran perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; penjelasan: ~ hutang rumahnya dibuat melalui potongan gaji. pembayar 1 orang yg membayar atau membayarkan. 2 wang dsb utk membayar. si dibayar ist penerima bayaran yg namanya tertulis pd cek dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayar

Puisi
 

Lipat kain lipat baju,
     Cik Esah mengetam padi;
Hutang malu bayar malu,
     Jangan susah dalam hati.


Lihat selanjutnya...(5)