Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.zir] | بذير

Definisi : ; membazir berlebih-lebihan sehingga terbuang: kenduri kahwin yg dibuat secara besar-besaran adalah ~ saja;membazirkan menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan sehingga terbuang, memboroskan, membuang-buang: jangan ~ air dlm musim kemarau; ~ masa dan tenaga;pembaziran perbuatan membazir(kan) (wang, masa, tenaga, dsb): ~ air berlaku di kebanyakan rumah; ~ sifar tidak berlaku sebarang pembaziran;pembazir orang yg suka membazir(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.zir] | بذير

Definisi : ; membazir berlebih-lebihan menggunakan (membeli) sesuatu sehingga ada yg terbuang dgn sia-sia: Kalau berbelanja, jangan sampai ~. membazirkan menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan dan sia-sia; memboroskan: Mengusahakan sesuatu projek tanpa perancangan hanya akan ~ wang dan tenaga. pembaziran perbuatan atau hal membazirkan (wang, tenaga dsb). pembazir orang yg membazir atau yg membazirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bazir