Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ta.ra] | بنتارا

Definisi : 1. sl pesuruh raja (yg menyampaikan titah atau membawa alat kerajaan); ~ dewan pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm dewan; ~ kanan bentara yg berdiri di kanan raja; ~ kiri bentara yg berdiri di kiri raja; ~ mahkamah pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm mahkamah; 2. Id pegawai tidak bertauliah (tentera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ta.ra] | بنتارا

Definisi : 1 pesuruh raja yg kerjanya melayani dan menyampaikan titah raja atau membawa alat kerajaan. 2 pegawai yg mengawasi dan menguatkuasakan tatatertib di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentara