[be.ra.pat] | براڤت
Definisi : berhimpunan (dlm sidang), mengadakan rapat, bermesyuarat, bersidang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.ra.pat] | براڤت
Definisi : 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang berbedil-bedil senapang dan pemburas sebelah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalulah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, bersekali: orang-orang dlm negeri itu telah berselisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemudian ~ zuhur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.ra.pat] | براڤت
Definisi : mengadakan rapat; bersidang; bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[be.ra.pat] | براڤت
Definisi : berada (duduk dll) dekat-dekat: Mereka duduk ~ semasa menonton cerita seram itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)