Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Hujan berbalik ke langit.

Bermaksud :

Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.

 

Lihat selanjutnya...(7)