Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.ca.ra] | بربيچارا

Definisi : 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.ca.ra] | بربيچارا

Definisi : 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap: Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2 bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3 berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4 mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbicara

Peribahasa

Hati orang yang bodoh itu di mulutnya,
     dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.

Bermaksud :

Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

 

Lihat selanjutnya...(2)