Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.mar] | برچمر

Definisi : mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercam­pur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.mar] | برچمر

Definisi : berbuat sesuatu supaya menjadi cemar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercemar