[ber.gan.di.ngan] | برݢانديڠن
Definisi : berbanding dgn, berlawanan, bersaingan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.gan.di.ngan] | برݢانديڠن
Definisi : 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.gan.di.ngan] | برݢانديڠن
Definisi : 1 saling berpegangan (tangan); berangkaian: Mereka berjalan ~ tangan. 2 ada hubungannya; ada pertaliannya: Hari ini kita akan membincangkan hal-hal yg ~ dgn penanaman teh di Malaysia. 3 berhubungan atau berkaitan antara satu dgn yg lain; berangkaian: Gerabak kereta api itu ~. 4 bekerja dll bersama-sama; saling membantu: Semua rakyat Malaysia perlu ~ utk menjaga keamanan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)