[ber.hem.bus] | برهمبوس
Definisi : bergerak (bkn angin, udara dr mulut), bertiup: angin malam ~ perlahan mengurangkan kehangatan hawa ketika itu; menghembus 1. meniup, mengeluarkan nafas (udara): pokok itu bergegar sedikit dihembus angin; ia ~ rambut gadis itu; 2. bp cabut, lari; 3. mengeluarkan hingus dgn memaksa udara keluar melalui hidung: sesekali dia ~ hidungnya; menghembuskan meniupkan, mengeluarkan (nafas, udara, dll) dgn meniup: pemuda itu ~ asap rokok ke muka kawannya; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) meninggal dunia, mati; hembusan 1. aliran angin (udara yg dihembuskan), tiupan: sekali-sekali desa itu dilalui oleh ~ angin sesat; 2. alat utk menghembus api, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.hem.bus] | برهمبوس
Definisi : bergerak dgn cepat (bkn angin, udara dr mulut dll); bertiup: Angin laut ~ dgn kencangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)