Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jual] | برجوال

Definisi : 1. mencari rezeki (nafkah, pen­da­patan, dsb) dgn memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~ nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jual] | برجوال

Definisi : berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang: Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjual

Puisi
 

Dayak Hulu berjual sirih,
     Sirih dijual sebalung suang;
Lagi dahulu tuan memilih,
     Sekarang ini duduk seorang.


Lihat selanjutnya...(11)