Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.ki] | برکاکي

Definisi : mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.ki] | برکاکي

Definisi : mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkaki

Puisi
 

Sapu tangan berkaki merah,
     Kakinya diletak dalam perahu;
Luka di tangan berdarah merah,
     Luka di hati tak dapat nak tahu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hendak hinggap tiada berkaki.

Bermaksud :

Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).

 

Lihat selanjutnya...(7)