[ber.mes.ra.an] | برمسراءن
Definisi : 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan, bercengkerama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.mes.ra.an] | برمسراءن
Definisi : bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)