Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ron.ta/] | برونتق

Definisi : 1. meronta-ronta (hendak melepaskan diri): ia ~ hendak melepaskan tangannya yg dipegang oleh dua orang polis; 2. = memberontak; memberontak 1. melawan pihak berkuasa atau kerajaan: orang Belanda yg bermazhab Protestan ~ melawan kekuasaan Sepanyol; 2. menunjukkan kemarahan atau penentangan terhadap sesuatu perkara: sikap majikan yg tidak bertimbang rasa itu membuat Hasyim ~; ia memaparkan perasaan peribadinya dgn gaya yg memperlihatkan pergolakan jiwanya yg ingin ~;pemberontakan perihal atau perbuatan memberontak (penentangan terhadap kerajaan dll): kerajaan mengenakan perintah berkurung akibat ~ itu; ~ menentang penindasan; pemberontak 1. orang atau kumpulan yg memberontak, penentang kerajaan, dll: ia bekas ~ yg telah dibebaskan; 2. suka melawan (menentang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ron.ta/] | برونتق

Definisi : 1 meronta-ronta hendak melepaskan diri: Setelah diikat kaki dan tangannya, ia tidak dpt ~ lagi. 2 = memberontak tidak menurut perintah orang yg berkuasa; beramai-ramai melawan pihak yg berkuasa; melawan kuasa yg sah: Golongan-golongan yg ~ itu telah dpt ditumpaskan oleh pihak kerajaan. pemberontakan perbuatan menentang sesuatu kuasa yg sah; perbuatan melawan kerajaan dsb: Satu ~ yg besar telah berlaku di negara itu dlm tahun 1956. pemberontak orang yg memberontak; orang yg melawan pihak berkuasa: Hampir semua ~ itu telah menyerah diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berontak