[ber.se.ma.yam] | برسمايم
Definisi : bd 1. duduk (di atas takhta, singgahsana): pd ketika itu, baginda kedua-dua laki isteri ada hadir ~ di atas peterana yg keemasan; 2. tinggal, berke-diaman di: maka akhirnya istana itu terbakar, kemudian berpindah pula baginda itu ke Riau, ~ di Riau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.se.ma.yam] | برسمايم
Definisi : 1 duduk di atas takhta atau singgahsana (bkn raja): Baginda pun ~ di atas singgahsana dihadap oleh segala menteri. 2 duduk atau tinggal di (bkn raja-raja); berkediaman di: Baginda kemudian telah ~ di Riau pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)