[bé.san] | بيسن
Definisi : (bésan) 1. hubungan yg terjalin antara ibu bapa mentua dgn ibu bapa sendiri; 2. ibu bapa kpd menantu; ~ sebantal besan antara dua suami isteri yg mengahwinkan anak masing-masing (anak si suami dgn anak tirinya); ipar ~ suami atau isteri ipar;berbesan menjadi besan, berhubungan sbg besan: dia tidak sudi ~ dgn saya yg miskin ini; belum beranak sudah ~ prb membahagi-bahagi keuntungan yg belum lagi di tangan;berbesankan menjadikan seseorang sbg besan: saya tidak mahu ~ kamu berdua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bé.san] | بيسن
Definisi : /bésan/ 1 hubungan kekeluargaan yg terjalin antara ibu serta bapa mentua seseorang dgn ibu bapa sendiri: Pak Mat dgn Pak Ali itu bukan adik-beradik tetapi ~. 2 ibu bapa kpd menantu. berbesan berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)