Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bias] | بياس

Definisi : membelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; membiaskan membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dr asal; terbias terbelok dr arah asal: gelombang haba ~ dan berbalik spt gelombang cahaya; biasan 1. penyimpangan dr arah asal (spt hujan dihembus angin, sinar cahaya dlm air, dll): apabila cahaya itu melintas drpd satu perantaraan yg hening kpd yg lain, fenomena ini dinamai ~; 2. bayangan perasaan: ~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka; pembiasan perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bias] | بياس

Definisi : , = membias menyimpang atau membelok dr arah yg semula (spt hujan ditiup angin); bertukar arah kerana sesuatu sebab: Oleh sebab angin terlalu kencang, air hujan pun ~ ke dlm rumah. membiaskan menjadikan hala atau arahnya menyimpang dr yg asal; membelokkan arah atau hala. terbias terpesong atau terbelok dr arah yg semula. biasan gerakan yg membias; sesuatu yg terbias. pembiasan penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bias