Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.dan] | بيدن

Definisi : orang (biasanya perempuan) yg mempunyai kemahiran utk membantu ibu sewaktu melahirkan anak; ~ kampung wanita di kampung yg mempunyai kemahiran utk menolong seseorang ibu melahirkan anak (sungguhpun tidak terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ kerajaan bidan yg berkhidmat dgn kerajaan (terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ tarik = ~ terjun a) bidan yg dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu); b) orang yg diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yg sepatutnya tidak ada atau tidak hadir); bebas ~ (balas, berlimau) kenduri selepas empat puluh hari bersalin; jikalau beranak ikut kata ~ prb jika kita berkehendak sesuatu drpd orang lain, hendaklah kita turut apa yg dikatakannya; berbidan memakai bidan, meminta perkhidmatan bidan sewaktu melahirkan anak; beranak tiada ~ prb mendapat susah kerana kebodohan sendiri; berbidankan menggunakan perkhidmatan seseorang sbg bidan: dia melahirkan anak sulungnya dgn ~ bidan kampung sahaja; membidani menolong orang bersalin: upah bidan utk ~ isterinya saja sudah sebanyak tiga puluh ringgit; kebidanan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi bidan, atau tugas dan tanggungjawab sbg bidan: ilmu ~; pakar ~; perbidanan 1. hal yg berkaitan dgn urusan berbidan: hal-hal ~ kampung ini lebih diketahui oleh orang-orang tua; 2. perihal bidan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dan] | بيدن

Definisi : orang yg menolong orang yg akan atau sedang bersalin. ~ tarik (terjun) bidan yg diminta khidmatnya tanpa rundingan lebih awal. ~ tempah bidan yg sudah ditempah awal-awal dan bersetuju memberikan khidmatnya. perbidanan hal-hal mengenai bidan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidan

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pembasuh tangan bidan.

Bermaksud :

Hadiah yang diberikan kepada seseorang yang telah menolong melepaskan sesuatu pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)