Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.das] | بيدس

Definisi : ; membidas 1. memantul (balik): setelah saya lepaskan, dahan itu ~; 2. menembus (pertahanan musuh dll): serangan itu diperhebat lagi supaya dapat ~ pertahanan musuh; 3. mengecam: menteri itu memberi jawaban sambil ~ pihak pembangkang; bidasan 1. gerakan membidas; 2. serangan, serbuan; 3. kecaman; pembidas sj lembing yg dilepaskan dgn alat yg memantul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.das] | بيدس

Definisi : Kl, Tr 1. lastik: budak itu suka bermain ~; 2. melastik: Mamat mengajak Ali ~ burung punai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.das] | بيدس

Definisi : ; membidas 1 bergerak dgn cepat kerana digerakkan oleh benda-benda yg melenting; memantul balik: Apabila umpannya terusik, jerat itu akan ~. 2 bergerak maju; maju menyerang serta menembusi: Askar Mesir telah berjaya ~ barisan pertahanan Israel di Bar Lev. 3 mengeluarkan kata-kata yg pedas; mengecam: Menteri itu telah ~ orang-orang yg enggan belajar bahasa Melayu. 4 membalas serangan; menjawab (dgn keras); mengecam kembali: Surat itu bertujuan ~ pihak pentadbiran yg lemah. membidaskan melepaskan sesuatu yg melenting dgn cepat utk membidas: ~ jari. bidasan 1 gerakan membidas; gerakan yg memantul balik. 2 serangan. 3 kecaman atau jawapan balas; reaksi. pembidas benda tajam (pd perangkap, jerat dsb) yg dilepaskan dgn sesuatu yg melenting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidas