Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.kin] | بيکين

Definisi : bp 1. buat: itu kita ~ sendiri; 2. menjadikan; ~ besar membesarkan; ~ mati membunuh; ~ rendah merendahkan; membikin menyebabkan, membuat: desir angin ~ hatinya rindu; bikinan buatan: lelaki dan perempuan ialah dua jenis manusia ~ Tuhan; pembikinan perihal atau perbuatan membikin, pembuatan: abang telah berkongsi mendirikan sebuah syarikat ~ batik; pembikin orang (syarikat dsb) yg membikin sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.kin] | بيکين

Definisi : ; membikin bp melakukan sesuatu supaya menjadi; membuat: Siapa yg ~ meja ini? bikinan hasil yg diperoleh setelah mengerjakan sesuatu; buatan.pembikinan perbuatan atau perihal membikin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bikin