Definisi : 1. tuli sekejap (kerana terdengar bunyi atau suara nyaring atau terlalu bising): ~ telinga mereka kerana teriak anak-anak itu; 2. tidak sedap, kurang senang: ~ telinganya mendengar leteran ibunya; membingitkan menyebabkan berasa bingit: deruman jentera di kilang itu ~ telinga; kebingitan perihal bingit: ~ bunyi enjin kapal terbang itu memekakkan telinganya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)