[bing.kis] | بيڠکيس
Definisi : sl barang kiriman, buah tangan: maka Pra Chau berkirim surat dgn ~; membingkis mengirimkan buah tangan (bersama-sama dgn surat); bingkisan 1. bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yg biasanya disertai surat: dia menerima ~ drpd kawannya yg berada di luar negeri; 2. surat; 3. (Komp) set bit yg mengandungi semua atau sebahagian daripada data yg dikirim dlm satu blok melalui rangkaian penghantaran data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bing.kis] | بيڠکيس
Definisi : ; membingkis menghantar barang-barang hadiah sbg tanda hormat (biasanya disertai surat dan dibawa oleh wakil khas). bingkisan 1 barang pemberian sbg tanda bakti. 2 barang-barang kiriman; bungkusan kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)