Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.lot] | بولوت

Definisi : ; membolot 1. membalut, membungkus (dgn tergesa-gesa): badan dan kepala mereka dibolotnya dgn daun ribu-ribu; 2. memenangi, menggondol, memperoleh: dia telah berjaya ~ hampir-hampir semua hadiah; mereka itu ~ getah orang kampung dgn bayaran yg amat rendah;pembolotan perihal atau perbuatan membolot (membalut, menggondol, memperoleh, dll): ketua-ketua Ghee Hin tidak berasa senang melihat ~ pajak oleh ketua-ketua orang Khek;pembolot orang (kumpulan, pasukan, dsb) yg membolot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.lot] | بولوت

Definisi : ; membolot mengambil atau memperoleh kesemuanya sbg hak sendiri dan tidak ada utk orang lain; memonopoli: Janganlah dia dibiarkan ~ percakapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolot