[bon.céng] | بونچيڠ
Definisi : (boncéng)Jk; tukang ~ orang yg turut serta makan (menumpang dll) dgn tidak mengeluarkan wang;membonceng 1. menumpang naik motosikal (basikal dsb): bolehkah saya ~ pulang? 2. turut serta makan (bersuka-suka dll) dgn tidak mengeluarkan belanja dll: banyak yg ~ hasil perjuangan orang lain;memboncengkan menyuruh (memberi) menumpang; terbonceng diboncengkan, disertakan (dgn tidak sengaja); boncengan tempat utk membonceng, tempat menaruh barang (di basikal dsb);pembonceng orang yg membonceng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bon.céng] | بونچيڠ
Definisi : /boncéng/; membonceng 1 ikut naik kenderaan (basikal dsb) tanpa membayar: Tiap-tiap pagi, dia ~ motosikal abangnya. 2 turut serta dlm sesuatu hal tetapi tidak mengeluarkan belanja: Jangan suka ~ hasil perjuangan orang lain. memboncengkan membawa naik bersama-sama (dgn kenderaan spt basikal). boncengan tempat utk menaruh barang atau tempat membonceng (pd basikal dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)