[bong.ko/] | بوڠکوق
Definisi : 1. melengkung di bahagian belakang (bkn badan): segala rakyat kecil besar, tua muda, ~ tempang pun berkampunglah; 2. = membongkok menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah; ~ sabut bongkok spt bentuk sabut; ~ udang bongkok pd tengah belakang; ~ baru betul (buta baru celik) prb jikalau orang baru memperoleh kemuliaan dan kesenangan maka ia pun mengada-ada; ~ kail nak mendapat (mengena) prb tipu muslihat itu ialah utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; di mana kayu ~, di sanalah hendak meniti prb orang yg bodoh mudah kena tipu; tak tahu di ~ tidur prb tidak tahu akan kekurangan diri sendiri; takkan ~ sebab menyorok prb tidak hina mengerjakan pekerjaan yg dipandang rendah jika utk maksud yg baik; yg ~ juga dimakan sarung prb yg bersalah juga yg akan menanggung dosa; membongkok 1. menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah: dia ~ sedikit spt memberi hormat; 2. merendahkan diri kpd, sangat hormat: ~ kpd orang besar; membongkokkan menyebabkan badan membongkok, melengkungkan badan: ~ badan memberi hormat;terbongkok-bongkok dgn membongkok-bongkok: ia ~ membuka kasutnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bong.ko/] | بوڠکوق
Definisi : melengkung ke hadapan (bkn badan); tidak lurus: Abdullah ternampak akan seorang perempuan tua ~ sedang mengambil air. ~ sabut bongkok yg menyerupai bentuk sabut. ~ udang bongkok di bahagian tengah belakang. membongkok merendahkan bahagian badan dr pinggang ke atas ke hadapan: Dia ~ sbg tanda hormat kpd pembesar itu. membongkokkan menjadikan bongkok: melengkungkan: Dia ~ badannya utk mengambil penselnya yg terjatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)