[bot] | بوت
Definisi : sj kenderaan kecil yg bergerak di atas air, yg biasanya membawa sejumlah kecil penumpang; ~ bomba bot yg digunakan oleh perkhidmatan bomba utk memadamkan kebakaran di laut (kapal dsb); ~ laju bot berkuasa tinggi yg berupaya bergerak dgn laju sekali; ~ nelayan bot yg digunakan oleh nelayan utk menangkap ikan, udang dsb; ~ penyelamat bot yg digunakan utk operasi menyelamatkan orang di laut dsb; ~ ronda bot yg digunakan utk meronda (biasanya oleh pasukan polis atau kastam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bot] | بوت
Definisi : sj perahu yg diberi berenjin. ~ laju bot berkuasa tinggi yg berupaya bergerak dgn sangat laju. ~ penyelamat bot yg digunakan utk operasi menyelamatkan orang di laut, sungai dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)