Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bum.bu] | بومبو

Definisi : Id 1. bahan-bahan spt rempah-ratus (bawang, cabai, asam, halia, dll) yg digunakan utk memasak lauk-pauk (supaya sedap rasanya); 2. ki sesuatu (unsur, faktor) yg menyedapkan cereka atau karangan: disadurnya ceritera Yunani lama dan ceritera Persia Kuno, dgn memberikan ~ di sana sini, agar sedap dibaca;berbumbukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg bumbu: masakan yg mewah dgn santan dan banyak ~ rempah-ratus menerbitkan aroma harum yg tersendiri;membumbui 1. membubuh bumbu pd, merempahi: ~ ikan sebelum dimasak; 2. menambah-nambahi (supaya menarik dll): huraiannya yg berbunga dan berwarna kadang-kadang dibumbui kisah-kisah yg nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bum.bu] | بومبو

Definisi : bahan-bahan perencah spt rempah-ratus, asam, garam yg digunakan utk menyedapkan masakan. membumbui 1 membubuh bumbu pd. 2 ki menambah-nambah (laporan dsb) supaya menjadi lebih menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumbu