[can.tum] | چنتوم
Definisi : ; bercantum 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; mencantum 1. menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum; 2. menyemat (dgn jarum dll); 3. memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain (utk mendapat pokok yg lebih baik); mencantumkan 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, memadukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran; tercantum 1. sudah dicantumkan; 2. termasuk atau termuat (dlm majalah, acara, dll); 3. tersemat atau terkandung dlm hati (cita-cita dll); cantuman 1. = percantuman perihal bercantum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; 2. = percantuman perihal mencantumkan bahagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); 3. barang apa yg dicantumkan atau utk dicantumkan: biasanya barang-barang ini digunakan hanya sbg ~ yg tidak kekal; 4. perihal memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[can.tum] | چنتوم
Definisi : ; bercantum 1 menjadi rapat atau bertaut semula (spt luka yg sudah sembuh). 2 rapat melekat dan bersambung (spt bulu ayam). 3 menjadi bersambung atau bergabung. mencantum melekatkan mata tunas dr sesuatu pokok pd pokok lain yg sama jenisnya (utk mendapatkan baka yg lebih baik). mencantumkan 1 menjadikan bercantum; merapatkan supaya bertaut; menautkan: Luka-luka itu dijahit utk ~nya. 2 melekatkan dgn sesuatu; menyematkan: Beliau telah ~ kerongsang pd bajunya. cantuman 1 apa-apa yg dicantumkan. 2 hasil drpd mencantum (tunas pokok) atau mencantumkan sesuatu. 3 cara-cara mencantum pokok atau membiakkan pokok. ~ baji cantuman yg tunas bakanya dan pokok penanti dipotong dlm bentuk V dan dicantumkan (disambungkan) kedua-duanya. ~ muda cantuman yg dilakukan pd peringkat awal (di tapak semaian). ~ sanding cantuman bagi pokok tunas baka dan pokok penanti yg bersebelahan dan dilakukan dgn melenturkan bahagian tunas baka kpd pokok penanti. ~ tunas cantuman yg mata tunasnya disisipkan pd torehan bentuk T pd pokok penanti dan diikat dgn tali. percantuman keadaan atau hal bercantum; pergabungan; persatuan: Malaysia terdiri drpd ~ negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dgn Sabah dan Sarawak. pencantuman perbuatan atau hal mencantum (pokok) atau mencantumkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)