Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
organisasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pertubuhan, perbadanan, persatuan, persekutuan, kesatuan, kumpulan, badan, agensi, jabatan, gabungan, lembaga, syarikat, yayasan, firma, institut, konsortium, kelab, parti, sindiket.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara CARTA ORGANISASI dan CARTA ORGANISASI FUNGSI, adakah ianya sama atau berbeza, jika berbeza, apakah bezanya. Terima kasih.

Secara umumnya, Carta Organisasi menerangkan struktur organisasi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit yang distrukturkan mengikut  hierarki jawatan, nama pegawai dan pecahan program/fungsi.

Secara umum, Carta Fungsi menerangkan pecahan fungsi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit dan Carta Fungsi ini menerangkan perincian setiap tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan bagi setiap program/fungsi. 

Untuk keterangan lanjut, tuan boleh merujuk kepada buku-buku pengurusan yang terdapat di pasaran.

Lain-lain23.06.2009
Makna & fungsi carta organisasiCarta  ialah paparan yang mengandungi keterang­an (tentang harga, suhu, senarai sesuatu dan sebagainya) dalam bentuk graf, gambar rajah dan sebagainya. Carta organisasi ialah paparan keterangan sesebuah organisasi dalam bentuk gambar rajah, dan berfungsi memberikan gambaran awal tentang struktur organisasi tersebut.Makna13.01.2011
Mana satu penggunaan yang betul. 1. Saya menghadiri mesyuarat Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. Terima kasih.Salam sejahtera,

Frasa yang betu:

1. Saya menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurusan Sekolah .
2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan Sekolah.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.06.2019
Penggunaan perkataan "Otoriti" pada carta organisasi, adakah dibenarkan atau apakah perkataan gantian yang sebenar

Kami mencadangkan perkataan yang bersesuaian ialah “SUBUNIT AUTORITI DAN KOMPETENSI”. Sila layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk membuat carian dan semakan bagi penggunaan perkataan, makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya.

Makna18.01.2024
Salam Saudara, Saya ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan istilah yang betul didalam penulisan carta organisasi sesebuah jabatan. sebagai contoh penggunaan perkataan bahagian, sel, cawangan atau unit pejabat yang manakah perlu diduhulukan dan dikemudiankan. ('seniority' perkataan). Harap Saudara dapat membantu saya. Sekian, terima kasih

Bahagian ialah unit dalam sesuatu jabatan (syarikat dan lain-lain) yang menjalankan fungsi tertentu, sel ialah bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara, cawangan ialah bahagian (daripada pertubuhan, persatuan, syarikat, dan sebagainya), unit ialah bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi.  Berdasarkan makna yang tersebut dan amalan di kebanyakan jabatan, cartanya adalah seperti yang berikut: Jabatan --- Bahagian/Cawangan --- Unit. Sel biasanya tidak terdapat dalam carta oganisasi.

 

 

 

 

 

Istilah08.07.2009
Salam sejahtera. Penjelasan yang diberikan oleh Munsyi Dewan yang berkenaan tidak lulus pada akal. Saya mengatakan demikian kerana adakah “tingkatan” merujuk kepada tempat? Walhasil, kata “tingkatan” membawa makna taraf ataupun tahap (kedudukan). Buktinya, frasa “sekolah menengah” membawa makna “sekolah daripada tingkatan satu hingga tingkatan enam” (definisi KD). Mengapakah tidak dikatakan sekolah dari tingkatan satu ke tingkatan enam? Bagaimanakah pula dengan frasa sendi nama “pada peringkat sekolah”, bukan “di peringkat sekolah”? Sepanjang pengetauan saya, “jurusan” membawa makna arah/hala ( dari jurusan Thailand) serta membawa maksud aliran pengajian (jurusan sains). Persoalannya, adakah frasa “di bawah Kementerian Pelajaran” merujuk kepada jurusan ataupun hala? Kata nama “kementerian” merujuk kepada organisasi ataupun institusi yang berhubung kait dengan manusia. Jikalau “kementerian” ialah jurusan ataupun hala, bagaimana pula dengan frasa “menerima surat daripada kementerian”? Penjelasan anda amat dialu-alukan. Sekian.
Salam Sejahtera. Soalan yang diutarakan oleh saudara sebelum ini ialah "Adakah ‘di tingkatan lima’ merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata ‘disebut-sebut di bibir’ ataupun ‘tidak lekang di bibir’?". Kenyataan yang baharu dikemukakan oleh saudara ialah "tingkatan" dan "sekolah menengah". Frasa "di tingkatan lima" merujuk maksud khusus, iaitu tempat. Ayat contoh ialah "Dia belajar di tingkatan lima", dan sebaliknya jika dibuat ayat "Dia belajar pada tingkatan lima" ayat ini adalah salah. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa "pada peringkat sekolah" adalah betul. Penggunaan kata sendi nama seperti "di bawah" dan "daripada" seperti ayat contoh yang dikemukakan oleh saudara perlu dilihat pada maksud keseluruhan ayat. Cuba lihat ayat contoh ini "Lembaga Peperiksaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia" dan "Saya menerima surat penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia". Kata sendi "di bawah" jelas menunjukkan hierarki sesebuah agensi berdasarkan carta organisasi sesebuah kementerian. Kata sendi "daripada" pula merujuk sumber daripada individu dan institusi, dan berbeza daripada kata sendi "dari" yang melibatkan masa dan arah. Semoga penjelasan ini membantu saudara.

Tatabahasa30.04.2014

Kembali ke atas