Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tu] | چاتو

Definisi : bahagian (makanan dll) yg ditentukan jumlah atau banyaknya; bercatu berbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) utk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup spt air dan barang makanan); mencatu 1. menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu: makanan biasa dicatu dlm keadaan perang; 2. membahagi-bahagi­kan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan: sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang; mencatukan membahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan atau dgn sedikit-sedikit; catuan catu; pencatuan perihal (tindakan dsb) mencatu­(kan), pembahagian catu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tu] | چاتو

Definisi : , = catuan bahagian (makanan dsb) yg sudah ditentukan banyaknya: Ketika darurat dahulu, kami mendapat ~ gula 10 kati sebulan. mencatu 1 mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2 memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurang­an makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3 membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai. pencatuan perbuatan mencatu. pencatu orang yg mencatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catu