Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cé/.co/] | چيقچوق

Definisi : /cékcok/; bercekcok saling menyatakan perbezaan pendapat antara satu dgn yg lain; berbantah; bertengkar: Jangan suka ~ dgn teman-teman. mempercekcokkan menjadikan sesuatu sbg bahan pertengkaran; memperbantahkan: Ia sering ~ soal-soal kecil yg tidak penting. percekcokan pernyataan pendapat yg berbeza; perbuatan ber­cekcok; perbantahan; pertengkaran: Antara kedua-dua orang itu, berlaku ~ yg tidak pernah selesai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekcok