Definisi : kira-kira (taksiran) yg dibuat dlm kepala sahaja (tidak dgn menuliskan pd kertas atau menggunakan alat pengira): pd ~nya, hutang yg bertabur itu tidak kurang drpd lima ribu; angka-angka itu dapat dicampurkan dgn ~ sahaja; mencongak 1. menghitung atau mengira dlm kepala sahaja (tidak dgn mengira-ngira pd kertas atau menggunakan sesuatu alat pengira): ayat yg di dlm kurungan itu menunjukkan taakul yg mesti dibuat dgn ~ sahaja, tidak payah dituliskan; 2. mengagak (meneka, menduga): dia tidak dapat ~ apa yg akan jadi pd masa hadapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)