Definisi : vt 1. make up, form, [various translations]: seven days ~ a week, terdapat tujuh hari dalam seminggu; eleven men ~ a football team, pasukan bola sepak terdiri drpd sebelas orang pemain; the states that ~ the country, negeri-negeri yg membentuk negara itu; her cheerfulness ~s her main attraction, sifat riangnya merupakan daya tarikannya yg utama; ~ of, terdiri drpd: a government ~d of two parties, kerajaan yg terdiri drpd dua parti; 2. (fml) appoint to office, function, melantik: they ~d him their spokesman, mereka melantiknya menjadi jurucakap; 3. set up, menubuhkan; (law, regulation) membentuk: a provisional government was ~d, sebuah kerajaan sementara telah ditubuhkan; only the government can ~ such regulations, hanya kerajaan yg dapat membentuk peraturan sedemikian. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)