Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekira­nya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk me­ngetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidak­nya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (men­jayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilaku­kan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1 kata yg dituturkan utk mengajak atau utk menyuruh secara halus; silalah; haraplah: ~ saudara fikirkan perkara ini dalam-dalam sebelum bertindak. 2 = ~ kata sekiranya; seandainya: ~ tidak ada orang di situ tadi, mati engkau dikerja­kannya. cuba-cuba sbg ujian saja; menguji-uji saja: Hanya ~, barangkali dpt sembuh penyakitnya. bercuba dpt atau sudah dicuba (ttg kekuatan, ketahanan dsb sesuatu). mencuba 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. mencubakan menggunakan sesuatu utk menguji: Ubat ini sudah dicubakan kpd beribu-ribu orang. cubaan sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mecuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. percubaan 1 usaha utk mencuba atau menguji sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2 belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. pencubaan perbuatan (hal, cara dll) mencuba atau mencuba­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuba

Puisi
 

Cuba-cuba menanam sirih,
     Takut nak ada tumbuh sulurnya;
Cuba-cuba merebut kasih,
     Takut nak ada unjuk hulurnya.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)