Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.wai] | داواي

Definisi : tali drpd logam (digunakan utk mengikat sesuatu atau membuat pagar, bakul, dll), kawat; ~ duri dawai berduri yg dibuat pagar; ~ gelang (kasar) ark dawai telegraf; ~ hidup dawai yg mengalirkan arus elektrik; ~ ketegangan tinggi kawat yg mengaruskan tenaga elektrik yg tinggi; ~ mata punai dawai yg dianyam (digunakan utk membuat kandang ayam dll); umpama ayakan ~ prb pekerjaan seseorang yg tidak cermat; mendawai memasang dawai atau kawat: dia mempunyai kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~; mendawaikan memasang dawai elektrik (pagar, dll): punca kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram; pendawaian proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai: Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dgn meter baru utk memperbaik sistem ~nya; pendawai orang yg kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.wai] | داواي

Definisi : tali yg dibuat drpd logam; kawat: ~ elektrik. ~ duri dawai berduri yg dibuat pagar. ~ hidup dawai yg mengalirkan arus elektrik. ~ mata punai dawai yg berjalin, mempunyai lubang enam segi (digunakan utk membuat reban, kandang ayam, kandang itik dll). mendawai memasang dawai; melengkapkan dgn dawai: Belia itu dilatih membaiki radio dan ~. mendawaikan memasang dawai elektrik: Litar dlm rumah utk lampu biasanya didawaikan secara selari. Apakah kebaikannya ~ lampu secara selari? pendawaian perbuatan atau hal memasang dawai: kaedah ~. pendawai orang yg kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dawai