Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pang] | دڤڠ

Definisi : ; mendepang 1. merentang (meng­hulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: kedua-dua belah tangannya ~ dr tiang ke tiang pintu; 2. = berdepang terentang atau terhulur lurus (kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan: dia dipaksa berdiri di tengah panas dgn tangannya ~; mendepangkan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: dia ~ kedua-dua belah tangannya sambil me­lonjak dgn sekuat-kuat hatinya; terdepang terentang (tangan) ke kanan dan ke kiri, berdepang; depangan hasil mendepang atau men­depangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pang] | دڤڠ

Definisi : ; mendepang 1 (dlm keadaan) kedua-dua belah tangan terentang ke kanan dan ke kiri. 2 merentang atau menghalang dgn kedua-dua belah tangan direntangkan ke kanan dan ke kiri. mendepangkan; ~ tangan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri. terdepang terentang ke kanan dan ke kiri (bkn tangan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depang