Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ra] | درا

Definisi : 1. pukulan (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman; 2. = mendera; 3. ki seksa (hati, fikiran, dll); 4. denda, hukuman: dia kena ~ lima puluh ringgit kerana mencuri; mendera 1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman: orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda, menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas; deraan hukuman, pukulan, seksaan, dera: pukul sepuluh tepat barulah budak-budak itu lepas drpd ~; penderaan perbuatan mendera: kebanyakan kes ~ dikendalikan oleh jabatan tersebut; pendera orang yg mendera: ~ kanak-kanak yg tidak berdosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ra] | درا

Definisi : 1 pukulan dgn rotan (cemeti dll) sbg hukuman. 2 seksa; hukuman (dgn cara apa jua): Mereka kena ~ dgn menjulang batu-batu itu. mendera 1 memukul dgn rotan dll sbg hukuman. 2 menyeksa; menghukum (dgn cara apa jua): ~ orang salah dgn menyuruhnya bekerja di tengah panas. ~ diri menyeksa diri (sendiri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dera