Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh (enjin kereta dll): ~ enjin kereta yg hingar bingar sudah semakin berkurangan pd telinga Kamal; berderum, menderum berbunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh: guruh yg ~ itu berlanjut-lanjut bunyinya; sederum pd ketika yg sama, serentak (ber­bunyi, bercakap, menjawab, dll); deruman bunyi menderum, bunyi derum: ~ hujan di waktu itu telah membuat saya kurang mendengar apa-apa yg dikata­kannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = deruman bunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll). berderum berbunyi spt bunyi guruh yg kedengaran dr jauh (enjin kereta, kapal terbang dll): Mula-mula kami terdengar bunyi ~ yg sangat kuat dan kemudian kapal angkasa itu pun mulai bergerak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derum II