Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.sas] | دسس

Definisi : bunyi spt bunyi orang berjalan kaki (di tempat yg berpasir): ~ kaki makin dekat, tentu ada orang datang; berdesas berbunyi spt bunyi orang berjalan kaki di tempat yg berpasir: kami pun pergi berjalan kaki, dan bunyinya yg ~ jelas terdengar dlm keadaan yg sunyi senyap itu; mendesas-desaskan mendesas-desuskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.sas] | دسس

Definisi : ; desas-desus 1 suara orang berbisik-bisik: Kedengaran ~ orang berbisik dr dlm bilik itu. 2 cakap-cakap orang yg belum sah; khabar angin: Jangan suka mendengar ~ orang. mendesas-desuskan menyebarkan khabar angin; membisik-bisikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desas

Peribahasa

183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)